Thursday, 13 December 2018

LAPORAN JAGUNG


Fakulti Pertanian
Universiti Putra Malaysia

Tajuk:
Laporan Amali Penanaman Jagung Manis

Disediakan untuk:
Dr. Martini Binti Mohamad Yusoff

Kod Kursus:
Amalan Ladang (AGR3001)

Penyelaras:
Encik Kamarul Zaidi Bin Abd Ghani

Disediakan:
Kumpulan 5


Bil.
Nama Pelajar
No.Matrik
1.
.Abdul Hakim Abdul Aziz
198260
2.
Ainie Mashitah binti Mohd Fadil
197148
3.
Muhamad Fakrul Naim bin Aznan
196252
4.
Nur Syahirah binti Mohd Amin
197193
5.
Tuan Nur ‘Amirah binti Tuan Faaeh
196168
6.
Goo Chia Wei
197695
7.
Muhamad Arfha bin Mohd Ali
197607
8.
Kunashaly A/P Ramalingam
196917
9.
Azhar bin Badruddin
196139
Program:

Bacelor Sains Perniagaantani

Semester Pertama 2018/2019





ISI KANDUNGAN

1.0) Pengenalan

2.0) Penerangan Aktiviti Amali
      - 2.0.1) Jadual Penanaman Jagung (TPU)
      - 2.0.2) Cara Penanaman
      - 2.0.3) Alatan Penanaman

3.0) Aktiviti Amali (Dikendalikan Pelajar)
      - 3.0.1) Aktiviti Penanaman Jagung
      - 3.0.2) Pengawalan Batas Bertakung
      - 3.0.3) Penyakit Tanaman Jagung
      - 3.0.4) Lukisan Ilutrasi
      - 3.0.5) Jumlah Penuaian
      - 3.0.6) Pembungkusan

4.0) Carta Alir Gerak Kerja Amali

5.0) Kesimpulan

6.0) Lampiran


1.0) PENGENALAN


Nama Saintifik: Zea mays

Keluarga: Gramineae

      Tanaman jagung merupakan salah satu jenis tanaman biji-bijian daripada keluarga rumput-rumputan. Ia berasal dari Amerika Syarikat yang tersebar ke Asia dan Afrika melalui kegiatan orang-orang Eropah ke Amerika Syarikat. Sekitar abad ke-16 orang Portugal menyebarluaskan ke Asia. Orang Belanda menamakan sebagai mais manakala inggeris “corn”.
      Spesis ini merangkumi dua jenis yang mempunyai pertalian rapat iaitu teosinte dan Tripsacum. Ianya merupakan tanaman bijirin yang ketiga pentingnya di dunia. Pokok jagung ialah tumbuhan semusim yang tumbuh, membesar, mengeluarkan bijirin dan akhirnya menjadi tua dan mati
      Jagung kebanyakannya ditanam untuk kegunaan segar sahaja. Di Semananjung Malaysia sahaja keluasan penanaman jagung dianggarkan lebih kurang 40,000ha. Jagung merupakan tanaman yang dikenali sebagai “kuat makan dan minum ’’ dimana ianya sensitif kepada perubahan terhadap kandungan zat-zat makanan atau nutrien dan air dalam tanah.
         Akhir sekali, amalan kultura yang baik diperlukan. Selain kegunaan segar ia juga digunakan dalam bentuk yang telah diproses dalam tin. Jagung juga adalah sejenis tanaman pendebungaan kacuk (cross-pollination) melalui udara/angin.


2.0) PENERANGAN AKTIVITI AMALI

        Pada 14 September 2018, telah berlakunya penerangan tentang projek penanaman jagung manis. Penerangan ini melibatkan pelajar Bacelor Sains Perniagaantani bersama Pegawai Taman Pertanian Universiti. Aktiviti ini berlangsung di Bilik Kuliah(unit sayuran). Turut hadir bersama iaitu Pensyarah subjek amalan ladang Dr. Martini Mohamad Yusoff. 

          Penerangan aktiviti amali ini bertujuan untuk memperkenalkan tanaman jagung manis serta cara melaksanakan penanaman tersebut. Pihak Taman Pertanian Universiti telah membahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai sepuluh orang ahli. 

       Antara intipati yang dinyatakan dalam penerangan ini ialah pengenalan tentang pokok jagung manis dan cara melaksanakan penanamannya. Dr. Martini selaku pensyarah juga banyak menekankan cara-cara penjagaan selepas proses penanaman. Selain itu, Encik Kamarul Zaidi menjadi penyelaras untuk projek ini amat menekankan tentang kebersihan  selepas penamanan pokok jagung. 

           Selepas itu, semua kumpulan dibenarkan untuk melawat tapak untuk penanaman pokok jagung. Semua peralatan seperti cangkul, penyiram serta pencakar telah disediakan oleh pihak Taman Pertanian Universiti di stor peralatan. Setiap kumpulan mempunyai rak menyimpan peralatan masing-masing di dalam stor yang sama. 

          Akhir sekali, penanaman pokok jagung akan dilaksanakan pada 21 September 2018 di batas masing-masing. Setiap kumpulan dibekalkan biji benih jagung. Encik Kamarul Zaidi memfokuskan kepada 30 batang pokok jagung. 


2.0.1) JADUAL PENANAMAN TANAMAN JAGUNG MANIS

         Setiap kumpulan dibekalkan dengan jadual penanaman tanaman jagung manis yang disediakan oleh pihak Taman Pertanian Universiti. Semua pelajar sepatutnya mengikuti jadual yang telah dirancang oleh pihak (TPU). Disebabkan kekangan waktu, para pelajar diberi kelonggaran tetapi jarak antara tarikh yang ditetapkan mestilah tidak terlalu lama.

HARI
TARIKH
BUTIRAN KERJA
CATATAN
-3
18/9/18
-Membajak dan menebas batas
-Biji Benih
-Sedalam 22 sm
-Ujian Percambahan
0
21/9/2018
-Menanam
- Bijih benih ditanam sedalam 2-3 sm
-Meracun pracambah
3-4 
24-25/9/2018
-Bijih benih bercambah
-Penyiraman
-Pemasangan sistem pengairan
4-7
25-28/9/2018
-Penjarangan
-Penyulaman 
-Menjarangkan anak pokok jagung yang terlalu rapat
-Menanam semula bagi menggantikan bijih benih yang tidak tumbuh
14
5/10/2018
-Pembajaan pertama
NPK Hijau 15:15:15
-30-40 gm/pokok. Tabur baja diantara pokok jagung
-Mengambus perdu jagung
-Kawalan rumpai
28
19/10/2018
-Pembajaan Kedua
NPK Biru 12:12:17:2
-30-40 gm/pokok. Tabur baja diantara pokok jagung
42
2/11/2018
-Pembajaan ketiga
NPK Biru 12:12:17:2
-50 gm/pokok. Tabur baja diantara pokok jagung 
43-69
3/11-29/11/2018
-Pengawalan rumpai,serangga perosak dan penyakit
-Menyembur racun secara serata mengikut barisan jagung
-Merumput
70-84
30/11/2018
-Mengutip,mengumpul,menggred hasil
-mengutip jagung setiap 2 hari



2.0.2) CARA PENANAMAN TANAMAN JAGUNG



          Pada 21 September 2018, para pelajar boleh menanam biji benih jagung yang disediakan pihak TPU di atas batas masing-masing. Setiap pelajar menanam 2 biji benih jagung pada satu lubang. 


a) Biji benih jagung :
Biji benih jagung yang bewarna kuning

b) Cara-cara penanaman: 


1. Membuat lubang pada batas dengan menggunakan kayu yang disediakan.

2. Memasukkan biji benih jagung kedalam lubang yang telah dibuat.

                                                       
3. Mengukur jarak untuk biji benih jagung.
Jarak tanaman iaitu 75 x 30 sm



2.0.3) ALATAN PENANAMAN JAGUNG

         
           Setiap kumpulan dibekalkan dengan alatan untuk penanaman pokok jagung. Antara alatan yang digunakan semasa penanaman jagung iaitu :


1) Cangkul : Digunakan untuk menggembur tanah




 2)  Paip PVC : Digunakan untuk mengukur jarak tanaman jagung ( 30sm)

    

3)  Batang Kayu : Digunakan untuk membuat lubang







3.0) AKTIVITI AMALI


      Aktiviti amali ialah aktviti yang dilakukan oleh para pelajar sepanjang proses penanaman jagung. Antara aktviti penting yang dilakukan oleh pelajar semasa penanaman jagung iaitu mounting, merumpai, dan membaja.




NO
PERKARA
FUNGSI
GAMBAR
1.
Mounting
-Menyuburkan tanah.
-Menguatkan batang pokok  jagung daripada tumbang.




2.
Membaja
-Memberikan nutrient       kepada pokok jagung.

Catatan: Jangan tabur baja dekat dengan tanaman akan menyebabkan kematian.



3.
Merumpai
-Menjaga kebersihan.
-Mengelakkan daripada   persaingan nutrient.




4.
Meracun
-Untuk membunuh haiwan   perosak seperti tikus.




5.
Penjarangan
-Mengelakkan persaingan   nutrient.

























































































      





3.0.1) AKTIVITI PENANAMAN JAGUNG


       Aktiviti penanaman jagung ialah jadual pelajar mengikuti perkembangan anak pokok jagung. Tarikh yang para pelajar melakukan aktiviti adalah sedikit berbeza dengan jadual yang ditetapkan oleh pihak TPU kerana kekangan waktu. Namun, ianya tidak memberi impak yang besar terhadap perkembangan pokok jagung.  

       Semasa proses penanaman pokok jagung, cuaca amat tidak menentu. Pada setiap petang, akan dituruni hujan yang lebat. Para pelajar juga perlu merumpai dan mounting dengan kerap. 

        Seterusnya, setiap perkara mestilah ada permasalahan. Permasalahan muncul apabila pokok jagung mula berbunga. Serangan tikus mula hadir di sekeliling kawasan penanaman pokok jagung. 

       Akhir Sekali, segala permasalah dan kerumitan dapat diselesaikan dengan bantuan penyeleras. Setiap ahli kumpulan amat memberi komitmen semasa proses ini berlangsung.


NO.
AKTIVITI
GAMBAR
1.




- 14/09/2018
- Penerangan projek penanaman jagung oleh Pensyarah dan Pihak TPU



2.




-21/09/2018
-Bermulanya penanaman anak benih jagung oleh pelajar




3.
-25/09/2018
-Biji benih mula bercambah



4.









- 28/09/2018
-Ketinggian pokok jagung kelihatan



5.





-1/10/2018
-Mempunyai permasalah sistem pengairan



6.

















-5/10/2018
Aktivti
1. Penjarangan
2.Mounting
3.Merumpai
4.Membaja

Mounting


Pembajaan


Merumpai
7.
-18/10/2018
1.Mounting
2.Membaja kali kedua
3. Merumpai
-
8.
-8/11/2018
1.Merumpai
2.Meracun
3.Pembuangan pokok jagung yang berpenyakit
4. Mounting
5. Pembajaan kali ketiga (Jika masih pendek dan tidak berbunga)


Meracun
9.









-12/11/2018
-Pokok jagung berbunga



10.









-13/11/2018
-Pokok jagung berbuah



11.
-18/11/2018
-Sesi Penilaian
-
12.






-31/11/2018
-Penuaian
-Pembungkusan
-Jamuan







3.0.2) PENGAWALAN KAWASAN BERTAKUNG


    Setiap orang yang menceburi dalam bidang pertanian dan mempunyai ladang sendiri tidak akan terlepas daripada masalah air bertakung. Kumpulan lima mempunyai masalah air yang bertakung apabila hujan turun.Kumpulan lain juga turut menghadapi masalah yang sama malah begitu banyak jumlah air yang bertakung di kawasan batas mereka.

     Kedudukan batas kumpulan 5 adalah tidak begitu statik bermaksud mempunyai kawasan yang landai di tengah-tengah batas. Kawasan yang bertakung air hanya berlaku pada batas hadapan sahaja. Terdapat banyak keburukan jika batas itu mempunyai kawasan yang bertakung air. 

    Antaranya ialah pertumbuhan pokok jagung akan menjadi terbantut. Sebagai contoh, dapat dilihat terhadap kumpulan lain iaitu kumpulan kedua yang mempunyai kawasan yang bertakung air. Ketinggian pokok jagung akan menjadi terbantut serta proses untuk pengeluaran bunga juga akan terganggu.

     Sebagai langkah untuk mengatasi permasalahan ini, Encik Kamarul Zaidi sebagai penyelaras memberikan nasihat pada setiap kumpulan supaya membuat aliran air yang baik kerana musim hujan. Selepas mendengar nasihat penyelaras, kami dapati tiada lagi batas ahli kumpulan lima bertakung air ketika musim hujan.


 a) Contoh-contoh batas yang bertakung air:

Batas yang mempunyai ruang landai 


b) Alatan digunakan:
Cangkul digunakan untuk mengorek lubang


c) Cara-cara mengatasi: 

1) Membuat lubang untuk mengalirkan air keluar di hadapan batas.


Tiga batas ahli kumpulan lima yang sering bertakung air



3.0.3) PENYAKIT TANAMAN JAGUNG


     Setiap tanaman mempunyai penyakit yang tersendiri. Begitu juga dengan tanaman jagung .Terdapat pelbagai jenis penyakit tanaman jagung. Antaranya ialah penyakit tongkol yang menyebabkan tongkol jagung membengkak. Selain itu, penyakit reput batang yang disebkan oleh bakteria juga penyakit tanaman jagung yang menyebabkan batang pokok menjadi kekuningan.

      Sesetengah petani atau peladang menggunakan racun kulat untuk membasmi penyakit tanaman mereka. Penggunaan racun kulat boleh menyebabkan tanaman itu kurang selamat untuk dimakan dan tidak mematuhi syarat skim Amalan Ladang Baik. Terdapat satu kes kematian yang berlaku akibat memakan sayur yang disembur racun kulat. 

     Projek tanaman jagung Bacelor Sains Perniagaantani adalah bebas daripada racun kulat. Sememangnya selamat untuk dimakan. Sebagai mendengar nasihat penyelaras, kami membuang atau memotong pokok jagung yang diserang penyakit. 

       Antara penyakit jagung yang menyerang tanaman kumpulan lima adalah penyakit reput batang bakteria dan tongkol. Selain itu, ada juga buah jagung ahli kumpulan 5 yang diserang haiwan seperti semut dan burung. Langkah-langkah untuk merawat penyakit ini dengan membuang pokok jagung yang terkena penyakit. 

A) Penyakit  


NO
JENIS PENYAKIT
TANDA-TANDA
GAMBAR
1.
Reput batang bakteria
Batang pokok menjadi kekuningan




2.
Reput tongkol
Tongkol membengkak





B) Diserang Haiwan 

NO
SERANGAN HAIWAN
TANDA-TANDA
GAMBAR
1.
Semut
Buah jagung akan mereput
2.
Burung
Isi buah jagung akan hilang




3.0.4) LUKISAN ILUTRASI

a) Pokok jagung

Struktur pokok jagung

b) Jarak antara tanaman

Jarak antara tanaman 30sm

c) Kedalaman biji benih


Jarak kedalaman 1 atau 2 sm

d) Jarak antara batas




Jarak antara batas 75 sm

e) Perletakkan racun tikus



Perletakkan racun tikus disekeliling batas


3.0.5) JUMLAH PENUAIAN

       Setelah hampir 2 bulan, kini tiba masanya untuk menuai jagung yang telah ditanam pada 21 September 2018. Kebanyakkan pokok jagung kumpulan 5 boleh dituai tetapi ada juga masih muda. Terdapat beberapa cara untuk mengetahui buah jagung telah dimasak atau belum.

Antara kaedah untuk mengetahui kematangan buah jagung: 

1) Melalui bulu

    a)  Jika bulu bewarna keputihan ia bermakna buah jagung masih muda.
    b)  Jika bulu bewarna kekuningan ia bermakna buah jagung sudah masak/matang.

NO
BULU JAGUNG
GAMBAR
1.
Kuning
2.
Putih


2) Melalui koyakan

   a)  Koyakkan sedikit bahagian buah jagung dan lihat isi bewarna putih ia bermakna                    belum masak.
   -b) Koyakkan sedikit bahagian atas buah jagung dan lihat isi bewarna kuning ia                          bermakna sudah masak.


NO
KOYAKKAN
GAMBAR
1.
Kuning
2.
Putih



3) Jumlah Penuaian Buah Jagung Kumpulan Lima

NO.
NAMA
JUMLAH
1.
Abdul Hakim
25
2.
Ainie Mashitah
20
3.
Tuan Nur Amira
20
4.
Azhar
20
5.
Syahirah
23
6.
Goo
23
7.
Fakrhul Naim
32
8.
Kunashaly
5
9.
Arfha
5

Catatan:

1. Kebanyakkan ahli kumpulan lima mencapai jumlah penuaian 20 buah ke atas.
2. Fakhrul Naim telah mencapai sasaran Encik Kamarul Zaidi iaitu 30 buah jagung.
3. Jumlah penuaian Arfha dan Kunashaly amat rendah kerana tanaman mereka diserang          haiwan iaitu burung dan semut.



3.0.6) PEMBUNGKUSAN

       Selepas penuaian selesai, pihak staf TPU menunjukkan cara-cara untuk pembungkusan buah jagung di dalam plastik supaya boleh dijual. Pembungkusan adalah elemen yang penting kerana ia dapat menarik perhatian para pelanggan. Pembungkusan yang tidak mematuhi syarat akan menyebabkan pelanggan tidak tertarik untuk membeli. Semasa pembungkusan juga terdapat beberapa etika seperti kebersihan dan kekemasan. Terdapat tiga langkah untuk  pembungkusan yang ditunjukkan. Antaranya ialah :

1) Potong bahagian atas dan bawah buah jagung


Staf TPU sedang memotong buah jagung


2) Buang kulit jagung yang melekat semasa pemotongan.


Staf TPU sedang membuang lebihan kulit jagung



3) Pembungkusan hanya berjumlah 7 buah jagung di dalam satu plastik

Staff TPU sedang memasukkan buah jagung ke dalam plastik


Staf TPU menunjukkan cara untuk mengikat plastik




4.0) CARTA ALIR GERAK KERJA AMALI

1. Penerangan projek penanaman jagung oleh Pensyarah dan Pihak TPU.

2. Bermulanya penanaman anak benih jagung oleh pelajar.


3. Biji benih mula bercambah.


4. Ketinggian pokok jagung kelihatan.


5. Mempunyai permasalahan sistem pengairan.


6. Penjarangan,mounting,merumpai dan membaja.


7. Mounting, merumpai dan pembajaan kali kedua.


8. Mounting, merumpai, pembajaan kali ketiga, meracun dan pembuangan pokok yang diserang penyakit.


9. Pokok jagung berbunga.


10. Pokok jagung berbuah.


11. Sesi penilaian.


12. Penuaian, mengred hasil dan jamuan.



5.0) KESIMPULAN

    Secara kesimpulan, projek tanaman jagung memberikan pengalaman yang paling berharga pada setiap ahli kumpulan. Ahli kumpulan dapat menanam dan merasa hasil air tangan sendiri. Tidak terlupa juga kepada Pensyarah Subjek Amalan Ladang Dr. Martini, Penyelaras Projek Encik Kamarul Zaidi serta staf Taman Pertanian Universiti yang banyak membantu dalam penanaman projek jagung.

      Selain itu, kami juga dapat mengetahui tentang penyakit pokok jagung. Di samping itu, kami juga dapat menerapkan nilai kerjasama dan kerja secara berkumpulan. Terdapat banyak cabaran ketika melakukan projek tanaman jagung ini. Antara cabaran yang dihadapi apabila musim hujan pada setiap petang. Ia menyebabkan kesukaran untuk ahli kumpulan pergi ke ladang untuk membuat penyelengaraan seperti merumpai dan membaja. 

     Walau bagaimanapun, ahli kumpulan juga dapat belajar dari segi pembahagian masa antara ladang dan kelas. Seterusnya, kami dapat belajar mengenali buah jagung yang sudah masak ataupun belum. Tambahan pula, batas kumpulan kami mempunyai masalah sistem pengairan apabila hujan dan dapat atasi dengan kaedah yang ditunjuk ajar oleh pihak TPU. 

     Akhir sekali, kami berharap dapat mengendalikan projek tanaman jagung pada masa akan datang serta akan menyimpan segala ilmu yang telah dicurahkan.  



6.0) LAMPIRAN


      Penerangan Projek Jagung

       
Batas Kumpulan Lima

Stor Alatan

Bilik Kuliah ( Tempat Perjumpaan)

Alatan Penanaman

Batas Bertakung

Pokok Jagung Mula Tumbuh

Pokok Jagung Berbunga

Buah Pokok Jagung

Ahli Kumpulan Memetik Buah Jagung

1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete