Thursday, 13 December 2018

AKTIVITI MINGGUAN

1) 
Tarikh   : 7 September 2018
Tempat : Bilik Kuliah, Unit Sayuran

Aktiviti: 
  • Pembahagian kepada kumpulan.
Penerangan : Para pelajar Bacelor Sains Perniagaantani dipecahkan kepada beberapa 5 kumpulan. Terdapat 10 orang di dalam setiap kumpulan. Kami merupakan kumpulan yang kelima. 
  • Pembahagian stor alatan kepada kumpulan .
Penerangan : Setiap kumpulan diberikan beberapa rak yang dipenuhi dengan alatan seperti cangkul, Pita Ukur, Tajak, Pengembur, Penyiram air, Alat Meracun, Baju Keselamatan, Ronkes, dan Kunci Bernombor.


Gambar Aktiviti 


Bilik Kuliah, Unit sayuran merupakan tempat perjumpaan 

Stor Alatan 



2) 
Tarikh   : 14 September 2018
Tempat : Bilik Kuliah, Unit Sayuran
  • Penerangan mengenai Subjek Amalan Ladang.
Penerangan : Sesi permulaan dimulakan dengan penerangan mengenai Subjek Amalan Ladang. Pensyarah ( Dr. Martini  Mohammad Yusoff) juga menerangkan beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi oleh para pelajar untuk menyiapkan tugasan laporan pada hujung semester. 
  • Pembelian buku.
Penerangan : Selepas penerangan tentang subjek, Pihak Taman Pertanian Universiti menjual buku tentang Tanaman Makanan kepada para pelajar. 
  • Penerangan mengenai Projek Penanaman Jagung.
Penerangan : Sebelum mengakhiri kelas, slot terakhir adalah penerangan tentang projek Penanaman Jagung yang akan dilakukan pada minggu hadapan. 

Gambar Aktiviti 

Penerangan dari Pihak Taman Pertanian Universiti

Buku yang dijual daripada Pihak Taman Pertanian Universiti


3) 
Tarikh   : 21 September 2018
Tempat : Bilik Kuliah, Unit Sayuran dan Ladang Penanaman Jagung
  • Penerangan mengenai Projek Penanaman Jagung.
Penerangan : Slot pagi dimulakan dengan penerangan oleh Pihak TPU tentang penanaman jagung.
  • Penerangan mengenai sayur dan bijiran.
Penerangan : Pihak TPU juga menunjukkan beberapa sampel tentang sayur dan bijiran kepada para pelajar. 
  • Melaksanakan penanaman Biji Benih Jagung.
Penerangan : Selepas itu, kesemua pelajar digerakkan ke ladang untuk melaksanakan penanaman jagung. Penerangan dimulakan oleh Encik Saidina dan beberapa orang Staf TPU.
  • Melaksanakan penanaman Kacang Soya dan Kacang Hijau
Penerangan : Sebelum mengakhiri amali Penanaman Jagung, para pelajar dikehendaki melakukan penanaman Kacang Soya dan Kacang Hijau di hujung batas.


Gambar Aktiviti 

Penerangan tentang Projek Penanaman Pokok Jagung

Tanaman Kacang Tanah

Tanaman Kacang Hijau

Cara-cara Penanaman Biji benih Jagung
Penunjuk ajar : Staf Taman Pertanian Universiti - Encik Faiz

Pertama : Membuat lubang sedikit dengan menggunakan kayu yang disediakan
               
Kedua : Mengukur jarak setiap biji benih jagung dengan ukuran 35 sentimeter                                     

Ketiga : Meletakkan biji jagung tersebut dan kambus semula dengan tanah untuk mengelakkan daripada burung




Gambar Aktiviti Para Pelajar :
Para Pelajar sedang mengukur jarak biji benih jagung


Para Pelajar sedang meletakkan biji benih jagung kedalam lubang yang dibuat


Para Pelajar sedang melaksanakan penanaman biji benih jagung bersama kumpulan masing-masing 




Biji Benih jagung telah ditanam oleh para pelajar di batas masing-masing



A) Tanaman Kacang Soya

Nama Saintifik : Glycine max L

Keluarga           : LEGUMINOSAE

Pengenalan: 
Tanaman kacang soya merupakan tanaman yang bercambah dalam masa 2-3 hari selepas menanam. Pokok yang matang setinggi lebih kurang 60 sentimeter. Bunga berbentuk rama-rama dan bewarna ungu akan keluar di ketiak daun 31-40 hari selepas ditanam.

Jarak Tanaman : 

Bergantung kepada kesuburan tanah dan alat penanaman contoh :

102 sm * 2.5 sm
46 sm * 15 sm
66 sm * 10 sm

Pemungutan Hasil :

Hasil boleh dikutip apabila warna lenggai bertukar daripada hijau menjadi perang dan daun pokok telah luruh. 


Cara Penanaman : Tanam di atas batas

Pertama dan Terakhir: Meletakkkan biji benih kacang soya di atas batas dan kambus semula



Biji Benih : Kacang Soya yang bewarna kuning


Gambar Aktiviti Para Pelajar : 

Penanaman Biji Benih Kacang Soya oleh setiap kumpulan

Batas Kacang Soya dan Kacang Hijau
(Batas Kacang Soya terletak di hadapan)



B) Kacang Hijau

Nama Saintifik : Vigna radiata Nilzeck

Keluarga           : LEGUMINOSAE


Pengenalan : 

Tanaman Kacang Hijau merupakan tanaman yang biji benihnya bercambah dalam masa 3 hari selepas ditanam. Pokok setinggi 64-70 sm berbunga dalam masa 30-40 hari selepas ditanam. Terdapat dari 10-50 lengai pada satu pokok. Lenggai biasanya matang dalam masa 19-22 hari selepas bebrunga kemudian lengai bertukar menjadi warna hitam.

    Cara Penanaman : Tanam di alur batas

    Pertama dan Terakhir :  Meletakkan bijih benih kacang hijau di aur batas sahaja.



    Biji Benih Kacang Soya : Bewarna hijau



    Gambar Aktiviti Para Pelajar : 

    Para Pelajar meanaman biji kacang hijau 

    Batas Kacang Soya dan Kacang Hijau 
    (Batas Kacang Hijau berasa di belakang)


    Disediakan oleh : Abdul Hakim 198260 



    4) 
    Tarikh   : 28 September 2018
    Tempat : Kompleks Agroteknologi

    Hidroponik Sayuran Sawi dan Salad


    Definasi : 

    Pengenalan Hidroponik adalah kaedah bercucuk tanam tanpa menggunakan tanah. Kaedah ini sesuai digunakan di kawasan bandar. Ia juga memberikan hasil serta kualiti yang tinggi. Sebagai ganti tanah, hidroponik menggunakan bahan seperti sabut kelapa, tanah liat untuk medium penanaman. 


    Tanaman Hidroponik :

    1) Sawi

    Nama Saintifik : Brassica Juncea


    2) Salad

    Nama Saintifik : Lactuca


    Kebaikan Tanaman secara Hidroponik:

    1Bersih , suci dan selamat
    2. Meningkatkan hasil
    3. Menjimatkan kos
    4. Mudah dikendalikan
    5. Mesra alam
    6. Mengawal serangga
      Penerangan :  
      Hidroponik adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pokok ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah. Penanaman hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga secara besar-besaran untuk tujuan komersial. Terdapat dua teknik penanaman hidroponik iaitu takungan dan palong. Kebiasaan hidroponik dilakukan adalah kerana kawsan penanaman terhad. Hasil penanaman hidroponik adalah sangat bersih dan kualiti. 

      Bacaan EC meter : 1.4-1.8

      Baja : Stok A dan Stok B perlu seimbang

      -Stok A mengandungi 2 jenis unsur iaitu kalsium nitrat dan zat ferum.
      -Stok B mengandungi 9 jenis unsur.

        Tempat Perjumpaan


        Anak Pokok : Sawi dan Salad




        Cara melakukan Penanaman Hidroponik:

        Pertama : Penyedian bekas atau takung


                                               


        Kedua : Penyediaan bakul media untuk isi anak benih

                                                 

        Ketiga : Penyediaan penuntup polistren

                                                


        Keempat : Mengisi takungan dengan air paip dahulu

                                               


        Kelima : Percampuran Baja A dan B

                                                  
        Stok A

        Stok B


                      
        Keenam : Ukur air tersebut dengan Electric Conductor Meter ( 1.4-1.8)

                                                


        Ketujuh: Meletakkan tanaman di dalam bakul media dan biarkan akar boleh tersentuh terhadap air

                                                

        Terakhir : Meletakkan bakul media tersebut kedalam penutup polistrin 

                                               

        Gambar Aktiviti Para Pelajar : 

                                              
        Pengagihan Bekas takungan

        Menutup bekas takungan dengan pentup polisterin


        Para Pelajar sedang mengisi air dalam bekas takungan




        5)
        Tarikh   : 5 Oktober 2018
        Tempat : Putra Mart

        Aktiviti : Pengurusan Nurseri Buah-Buahan

        Penerangan : Slot dimulakan dengan penerangan tentang pengurusan nurseri buah-buahan dan pembiakan buah-buahan oleh penunjuk ajar di pusat jualan @ Putra Mart. Tujuan pembiakan ialah untuk memperbanyakkan tumbuhan. Terdapat dua jenis pembiakan iaitu pembiakan biji benih dan pembiakan tampang/vegetatif. Setelah diberi penerangan, setiap pelajar melakukan amali pembiakan buah-buahan iaitu durian(cantuman baji), mangga(cantuman keratan) dan limau nipis(tut).


        Cara Pembiakkan : 

        1) Kaedah Cantuman Mata Tunas

        Pokok : Durian D99

        Nama Saintifik : Durio

        Pengenalan: 
        Cantuman ini adalah dimana proses bahagian pokok baka (mata tunas) diambil dengan pokok penanti.

        Objektif : 
        Mencatumkan pokok mata tunas dan penanti menjadi satu pokok baka. 

        Alatan Penanman : 
        1) Sekatur
        2) Tali plastik
        3) Plastik

        Cara Penanaman : 

        1) Hiris kulit pada batang pokok penanti berbentuk empat segi .




        2) Pilih kayu mata tunas yang sihat. Hiriskan pada bawah ketiak mata tunas.




        3) Cebisan matatunas ditampalkan pada batang pokok penanti yang telah dihiris kulit itu tadi dan pastikan dalam keaadan rapat dan selari atau selurus dengan garisan yang di hiris. Kemudian balutkan dengan plastik pembalut dengan kemas dan diletakkan di tempat yang teduh.


        2 ) Kaedah cantuman Baji

        Pokok : Mangga

        Nama Saintifik : MurrMangifera indica L. 

        Pengenalan :
        Cantuman baji adalah mencantumkan 2 bahagian pokok yang masih hidup dan akhirnya berfungsi sebagai satu pokok. 

        Cara Penanaman :

        1)- Pemilihan pokok mestilah berumur 5-6 minggu.
           -  Pilih Mata Tunas seeloknya sama saiz dengan pokok penanti.
           -  Daun-daun hendaklah dipotong separuh untuk mengelakkan proses perpeluhan. 


        2) Pangkal ranting itu mestilah dipotong 1sm.

                                                         

        3) Bahagian pokok penanti dibelah sedalam 1sm sama dengan saiz potongan baji mata tunas

                                                       

        4) Masukkan ranting mata tunas kedalam pokok penanti.



        5) Akhir sekali, sungkupkan dengan plastik tetapi sebeum itu seeloknya disembur racun kulat.




        3) Kaedah Markoting atau TUT


        Pokok : Lemon

        Nama Saintifik : Citrus

        Pengenalan :
        Kaedah tut adalah salah satu kaedah pembiakan anak pokok. Antara kelebihan kaedah tut adalah pertumbuhan yang cepat. 

        Cara Penanaman : 


        1) Memilih pokok limau yang sihat. Membuat proses "pruning " dahulu supaya pokok kelihatan kemas.

        2) GP7 perlu direndam dengan air dahulu. 
                                                           

        3) Buat kelaran di keliling.
        - Pertama di bawah mata tunas
        - Kedua di buat jauh sedikit dalam 3sm daripada kelaran pertama.
        -Kupas kulit sehingga "kambium".






        4) Sapukan ubat penggalak akar 

        5) Ikat pastik di antara kelaran pertama dan kedua. Kemudian letakkan GP7 di keliling kelaran. 
                                    


        6) Akhir sekali ikat sehingga seperti menajdi bulat. 


                                        



        6)

        Tarikh12 Oktober 2018
        Tempat:   Kebun Sayur
        Aktiviti :  Penanaman Umbisi ( Ubi Kayu dan Keladi )

        Definisi umbisi :
        Umbisi adalah salah satu contoh pembiakan vegetatif bagi tumbuhan. Tanaman umbisi mempunyai  batang  yang membengkak  ( untuk menyimpan makanan )  dan sentiasa berada di dalam  tanah.

        Penerangan :
        Slot pagi dimulakan dengan penerangan mengenai tanaman umbisi iaitu ubi kayu, ubi keledek dan keladi.



        Penerangan mengenai tanaman umbisi oleh penunjuk ajar

        Untuk amali umbisi, pelajar dikehendaki untuk  menanam ubi kayu dan keladi sahaja.

        A)  Ubi Kayu

                     


        Tanaman ubi kayu  





        Ubi kayu 

        Nama Saintifik : Manihot esculenta
        Keluarga: EUPHORBIACEAE

        Pengenalan:
        Terdapat dua jenis ubi kayu, iaitu:

                 i.  Jenis Manis
        - Biasanya ditanam untuk kegunaan sendiri.
        - Boleh dimakan selepas direbus, tetapi Kulit ubi kayu  tidak boleh dimakan kerana  ianya mengandungi asid hidrocianik yang  membahayakan kesihatan.
        - Tempoh matang untuk dicabut ialah di antara 6 - 9 bulan.
        - Contoh : Batang putih, Ubi putih, Medan, Jurai, Betawi

              ii. Jenis pahit
                  - Ditanam untuk perniagaan dan dalam penghasilan Monosodium Glutamat  ( MSG )
                  - Ubi kayu jenis pahit boleh dicabut dalam tempoh 12 – 14 bulan.
                  - Contoh : Batang hitam, batang hijau, Black Twig, C 5

        Pemungutan hasil :
        Hasil boleh dikutip 12 bulan selepas ditanam. Cuaca yang panas dan sederhana kering baik untuk memudahkan ubi dicabut.


        Cara Penanaman:

        ·       Ubi kayu ditanam ( dibiakkan ) dengan menggunakan keratan yang diambil dari batang .
                 Keratan batang 20 – 30 sm adalah sangat sesuai untuk ditanam ( 6 -7 mata tunas ) .
        ·       Terdapat tiga cara penanaman ubi kayu, iaitu :
        -         - Baring / melintang
        -         - Tajak ( tegak  )
        -         - Condong 45 darjah ( biasa  dilakukan)

        Dalam  amali ini , pelajar dikehendaki untuk menanam ubi kayu dengan cara baring dan tajak            
        ( mengikut kumpulan ) .

        Langkah – langkah cara penananaman baring :

         
         1.  Gali lubang sedalam 1 cm , kemudian letakkan keratan batang  pada lubang tersebut. 



        2. kambus keratan batang ubi kayu dengan tanah.
        3. pastikan jarak tanaman ialah 1 meter x 1 meter.


        Langkah – langkah cara penanaman tajak :


        1. Keratan batang ubi kayu dipacakkan di atas batas. 
        2. Pastikan jarak tanaman ialah 1 meter x 1 meter.


        Jarak tanaman :

        Jarak tanaman mengikut kepada jenis tanah. Berikut merupakan jarak tanaman ubi kayu dengan jenis tanah .

        Tanah subur                 1.2 m x 1.2 m
        Tanah kurang subur    0.9 m x 0.9
        Tanah sederhana        1m x 1m – 10,000 pokok/ha


        Gambar Aktiviti :



        Penunjuk ajar memberi sedikit penerangan sebelum menunjukkan demonstrasi penanaman ubi kayu.
        Ubi kayu yang ditanam ialah ubi medan.




        Demonstrasi penanaman ubi kayu



         Demonstrasi penanaman ubi kayu (cara penanaman baring)

             Demonstrasi penanaman ubi kayu  ( cara penanaman tajak )


        Ahli kumpulan sedang menanam keratan batang ubi kayu


         B ) Keladi 


        Tanaman keladi 


        Ubi keladi

        Nama Saintifik : Colocasia esculenta
        Keluarga: ARACEAE

        Pengenalan :

        Keladi biasanya ditanam untuk  penghasilan makanan dan landskap. 
        Terdapat dua jenis keladi, iaitu :

        1. Eddoe
        Berubi kecil dan dikelilingi oleh ubi-ubi sisi yang sempurna bentuknya yang dikenali  sebagai Colocasia esculanta var. Antiquorum

         2. Dasheen
        ·    Mempunyai ubi yang besar dan terdapat kelompok-kelompok ubi sisi yang kecil. Jenis ini    dipanggilkan Colocasia esculenta var. Esculenta

        Pemungutan hasil :
         Hasil boleh dikutip selepas 7 – 12 bulan ditanam. Di peringkat ini ubi –ubi keladi telah mencapai saiz yang sesuai untuk pasaran.

        Cara Penanaman:
        Keladi ditanam menggunakan anak pokok. Salur atau anak pokok yang digunakan  berumur lebih kurang 2 bulan dan bergaris pusat  3 cm . Pucuk  keladi perlu dipotong dan tinggalkan tangkai sepanjang 30 cm. Jarak antara barisan adalah 120 cm  dan jarak antara pokok 45 cm . Benih ( anak  pokok) ditanam 5 cm  ke dalam tanah.

        Langkah – langkah penanaman keladi :


        1 . Gali lubang  sedalam 5 - 7cm





        2. Letakkan anak pokok ke dalam lubang yang telah digali







        3. Anak pokok yang telah diletakkan ditimbus.






        4. Pucuk anak pokok dipotong dan tinggalkan tangkai sepanjang
        30 cm


        5.  Pastikan Jarak barisan pokok ialah antara 90 -120 cm di antara satu sama lain dan jarak dalam barisan ialah 30-45 cm.

        Gambar Aktiviti :


        Demonstrasi penanaman anak pokok keladi 




        Demonstrasi penanaman anak pokok keladi




        Ahli kumpulan sedang menanam anak pokok keladi



        Ahli kumpulan sedang memotong pucuk anak pokok keladi

        7)
        Tarikh: 12 Oktober 2018
        Tempat:   Kebun Sayur
        Aktiviti :  Penyediaan batas untuk amali tanaman sayuran

        Penerangan :
        Sebelum penyediaan batas, beberapa wakil pelajar dan penunjuk ajar membahagikan kawasan tanah disamping menanda untuk batas bagi setiap kumpulan. Selepas itu, aktiviti merumput dilakukan untuk membersihkan kawasan tanaman daripada rumpai bagi memudahkan penyediaan batas dilakukan. Setiap pelajar dikehendaki untuk membuat batas mengikut kumpulan masing – masing sebagai persediaan untuk  amali penanaman sayuran pada 19 Oktober 2018.

        Gambar aktiviti :


         Pelajar dan penunjuk ajar membahagikan kawasan tanah untuk batas bagi setiap kumpulan




        Para pelajar membuat batas selepas aktivtiti merumput dilakukan




        8)
        Tarikh:19 Oktober 2018
        Tempat: bilik kuliah unit sayuran
        Aktiviti: Penanaman Sayuran (kangkung & bayam)

        Penerangan: Kelas dimulakan dengan informasi dan penerangan tentang penanaman sayur kangkung dan bayam oleh En.Helmi Azro Md. Hassan. Komponen penting dalam tanaman sayur ialah biji benih, tanah, air, cahaya matahari dan baja.

        Gambar aktiviti:



        1. Menyelenggara batas

        Penerangan: Para pelajar ke batas masing-masing dan diagihkan sama ada perlu                         menanam kangkung atau bayam. Seterusnya, pelajar merumpai  batas.

        Gambar aktiviti:
        rumpai yang perlu dicabut untuk mengelakkan persaingan


               keadaan batas yang perlu diselenggara



        penggemburan tanah menggunakan cangkul dan pencakar agar rumpai mudah dicabut serta meningkatkan kesuburan tanah.

        2. Penyediaan tanah: pencakar digunakan untuk meratakan batas bagi                                                    mengelakkan air bertakung. lebar batas berpandukan ukuran panjang pencakar



        3. Membaja
        Penerangan: Baja NPK ialah nitrogen(N), fosforus(p), kalium(K).300g baja  NPK digunakan untuk satu batas

        baja organik(kiri) dan baja NPK(kanan) 300g



        kedua dua baja ditabur ke batas dan ratakan.


        4A.Tanaman sayur kangkung

            nama saintifik: ipomoea aquatica
            family: Convolvulaceae

        Pengenalan
        Kangkung mudah tumbuh kerana cirinya yang mudah beradaptasi. Selain itu, kangkung perlu cahaya matahari melebihi 6 jam sehari untuk pertumbuhan yang baik. Percambahan benih kangkung mengambil masa 5-7 hari, sangat sesuai pada suhu 27 darjah Celcius.

        Cara tanam: semai terus ke batas

        Pertama: membuat lubang pada batas

        menggunakan penjarak.Lima  alur dihasilkan dengan 20cm antara alur.





        Kedua: 5 biji benih kangkung diletakkan dalam setiap alur dan timbus kembali  dengan tanah



        4B)Tanaman sayur bayam

        Nama saintifik: amaranthus tricolor
        Keluarga: Amaranthoideae

        Pengenalan
        Bayam yang ditanam ialah bayam merah, bayan hijau, bayam verigated . Bayam verigated ialah kacukan antara bayam hijau dengan bayam merah. bayam merupakan tanaman singkat masa dengan penuaian 28-32 hari selapas ditanam.  Bayam boleh tumbuh setinggi 45cm hingga 1m.


        Pertama: bahagi batas kepada 5 alur meggunakan penjarak 





        kedua: campurkan pasir dan biji benih bayam. kemudian, bahagi kepada 5 bahagian




        Ketiga: taburkan campuran sepanjang alur dan timbus kembali dengan tanah



        5. Sungkupan
        Rumpu kering diletakkan adalah untuk :
        - untuk mengelak daripada rumput tumbuh
        - untuk mengekalkan kesuburan tanah




        6.Penyiraman
        Penerangan: tanaman perlu disiram kerana pokok perlukan air yang secukupnya


        9)
        Tarikh26 Oktober 2018
        Tempat:   Bangunan Agroteknologi
        Aktiviti :  Menjawab ujian 1 (20%) dan aktiviti pungutan hasil untuk dikemorsialkan
        Penerangan: Kelas dimulakan dengan menjawab kuiz selama 1 jam. Para pelajar mula berkumpul di bilik kuliah sebelum dipecahkan kepada dua kumpulan. Kumpulan 1 menjawab kuiz di bilik kuliah manakala kumpulan 2 menjawab kuiz di makmal biji benih.

        Mengambil ujian di dalam bangunan Agroteknologi
        Banguanan Aro Teknologi
        Penerangan: Lokasi para pelajar menjawab kuiz

        Bilik Kuliah
        Penerangan: Para pelajar kumpulan 1 menjawab kuiz


        Makmal Biji Benih
        Penerangan: Para pelajar kumpulan 2 menjawab kuiz

        Aktiviti Memungut Hasil Sayur Hidroponik (Sawi & Salad)

        Definisi: Aktiviti memungut hasil dijalankan setelah 28 hari proses penanaman. Para pelajar setiap kumpulan memotong, menimbang dan membungkus sayuran sawi dan salad mengikut kuantiti berat yang ditetapkan. Kemudian setelah dibungkus, sayuran tersebut akan dikomersial ke pesta konvokesyen UPM buat kali 42 tahun. 


        Penerangan: Para pelajar mendengar taklimat dan cara-cara nak buat pungutan hasil sebelum aktiviti dijalankan

            Penerangan: Pisau lipat peralatan yang digunakan sepanjang aktiviti memungut hasil


                                         
                        
           Penerangan: Tumbuh besaran sayuran sawi dan salad selepas 28 hari



        Penerangan: Para pelajar memungut hasil iaitu melakukan potongan bahagian bawah sayuran yang tidak diperlukan  dalam aktiviti komersial sayuran.



        Penerangan: Penimbang yang menimbang berat sayur sawi dan salad. Sawi seberat 230 gram manakala Salad 191 gram



        Penerangan: Para pelajar menimbang kemudian membungkus kedua-dua sayur mengikut kuantiti yang ditetapkan.



        Penerangan: Para pelajar membuat langkah terakhir iaitu penstrilan sebelum dibahagikan mengikut jenis sayur untuk dikemorsial.


        10)

        Tarikh: 9 November 2018
        Tempat: Rumah Cendawan, Kompleks Agroteknologi
        Aktiviti: Penanaman cendawan


        Pengenalan :

        Cendawan tiram merupakan salah satu kulat yang boleh dimakan dan kebanyakkanya ditanam di Asia. Cendawan ini mempunyai persamaan dengan kulat Pleurotus erngjo. Cendawan tiram juga digunakan dalam industri bagi tujuan mycoremidiation. Cendawan tiram sering digunakan dalam masakan Jepun dan China dan sedap dimakan dengan kicap.

        Kebaikan Cendawan Tiram :

        1. Tiada bahan kimia
        2. Tiada buangan haiwan
        3.100% organik
        4. Khasiat tinggi

        Nama : Cendawan Tiram

        Nama Saintifik : Pleurotus Ostreatus

        Penerangan

        Kelas dimulakan dengan penerangan tentang spesies cendawan, penyediaan media Cendawan Tiram Kelabu, dan carta pengeluaran tanaman Cendawan Tiram Kelabu. Cendawan merupakan salah satu jenis tanaman yang amat berkhasiat. Cendawan mengandungi nutrien seperti vitamin B2, B3, B5, B6, B11, B12, dan B22. Cendawan juga dikenali sebagai sumber protein yang penting bagi menjamin kesihatan immunisasi. 1.5 billlion spesies cendawan yang terdapat di dunia, 12 ribu spesies sahaja diiktiraf sebagai spesies yang boleh dipergunakan, 2070 spesies sahaja yang boleh memanfaatkan hidupan, 35 spesies dikomersial dan 15-20 spesies cendawan diindustrikan secara besar-besaran di dunia.


        Gambar 1 : Kapur pertanian


        Gambar 2 : Habuk kayu getah


        Gambar 3 : Dedak padi


        Gambar 4 : Pembiakan Misillium (sebulan)


        Gambar 5 : Pembiakaan Misillium (sebulan setengah)


        Gambar 6 : Pembiakan Misillium (hampir dua bulan)


         Gambar 7 : Pembiakan Misillium (Dua bulan)


        Gambar 8 : Benih Cendawan


        Gambar 9 : Cendawan Tiram Kelabu


        Gambar 10 : Penutup


        Gambar 11 : Penutup


        Gambar 12 : Face mask


        Gambar 12 : Bilik pengukusan


        Gambar 13 : Mesin pembancuh


        Gambar 14 : Mesin pembungkus


        Gambar Aktiviti


        Aktiviti 1 : Penerangan tentang carta pengeluaran Cendawan Tiram Kelabu.


        Aktiviti 2 : Penerangan tentang penyediaan media Cendawan Tiram Kelabu.

                                                                                                                          

         Aktiviti 3 : Penyediaan habuk kayu getah, kapur pertanian, dedak padi dan air.




         Aktiviti 4 : Pencampuran habuk kayu getah, kapur pertanian dan dedak padi dalam nisbah 60:6:0.6. dengan air yang mencukupi.


        Aktiviti 5 : Menggaulkan media yang telah dimasukkan ke dalam mesin pembancuh.


        Aktiviti 6 : Media yang telah dibancuh dibawa masuk ke mesin pembungkusan.


        Aktiviti 7 : Pembungkusan media ke dalam beg plastik


        Aktiviti 8 : Mengetatkan media dalam plastik beg dan meletakkan "leher" di bahagian atas media.


        Aktiviti 9 : Menutup media dengan menggunakan penutup yang sama saiz dengan "leher".

                             

        Aktiviti 10 : Masukkan semua media yang telah siap dibungkus ke dalam bilik pengukusan untuk menjalankan proses pengukusan.


        Aktiviti 11 : Penutupan pintu  mesin pengukus.


        Aktiviti 12 : Proses pengukusan dijalankan dengan menggunakan gas dan proses ini mengambil masa selama 6-8 jam dengan suhu 100°C ke atas.

        11)
        Tarikh : 9 November 2018
        Tempat : Kebun sayur
        Aktiviti : Pembajaan sayur


        1) Membaja : Aktiviti pembajaan dilakukan untuk meningkatkan tumbesaran sayur-sayuran. Pembajaan mengunakan baja urea. Baja urea diambil dengan jumlah 200gram.


        Gambar 1: Baja Urea


        2) Cara Membaja :

        1) Membuat alur di antara batas sayur
        2)Tabur baja di alur yang telah dibuat
        3)Tutup semula alur tersebut dan siram dengan air kerana baja urea ini adalah panas.


        Gambar 2 : Aktiviti merumpai dijalankan sebelum membaja.


        Gambar 3 : Pembajaan dilakukan di antara dua batas.



        3) Sungkupan : Aktiviti sungkupan dilakukan bagi untuk mengelak rumpai daripada tumbuh


        Gambar 4 : Batas sayur yang telah siap dibaja dan sungkupan


        12) 
        Tarikh : 16 November 2018
        Aktiviti : Menuai Hasil Tanaman (Sayur)
        Tempat : Kebun Sayur

        Pengenalan : 
        Aktiviti menuai hasil tanaman iaitu sayur kangkung, bayam unggu, bayam merah dan bayam hijau dilakukan selepas 4 minggu sayur ditanam. Kaedah penuaian sayur yang digunakan ialah kaedah cabutan/mencabut.

        Sebelum memulakan aktiviti menuai, para pelajar didedahkan tentang pascatuai dan pengendalian selepas tuai oleh Dr Martini Mohammad Yusof dan En. Helmi Azro Md Hassan. Pascatuai ialah proses yang perlu dilakukan semasa aktiviti menuai sayur iaitu :

            Penuaian ➜ Pembersihan ➜ Prapenyejukan ➜ Pengeringan ➜ Penggredan                             
           Penimbangan ➜ Pembungkusan ➜ Penyimpanan

        Pengendalian selepas tuai pula ialah proses selepas menuai iaitu melihat dari segi kebersihan, kualiti, keselamatan dan ketahanan sayuran. Para pelajar tidak digalakkan untuk memegang pokok sayur terlalu lama kerana takut berlaku pengaliran haba daripada tangan pelajar kepada pokok sayur menyebabkan pokok sayur menjadi cepat layu. Pokok sayur yang sudah siap dituai juga perlu diletakkan di kawasan yang terlindung daripada cahaya matahari seperti di bawah bayang pokok untuk mengekalkan kesegaran sayuran. 


                                                            
                                           Penerangan : Sayur-sayur pelajar selepas 4 minggu ditanam.

        Aktiviti pertama : Penuaian iaitu proses mencabut sayuran

                                                          
                                              Aktiviti 1A : Demostrasi oleh En. Helmi cara menuai sayur.



                               
                                                    Aktiviti 1B : Para pelajar menuai/mencabut sayur.


                                     
                           Aktiviti 1C : Sayur yang siap dituai diletakkan di dalam bakul yang disediakan.


                                                             
         Aktiviti 1D : Para pelajar perlu menimbang hasil tuaian masing-masing sebelum melakukan proses seterusnya.


         Aktiviti kedua: Pembersihan sayuran

                                                              
                           Aktiviti 2A : Para pelajar sedang memotong akar sayur menggunakan gunting.


                                                               
                          Aktiviti 2B : Para pelajar membersihkan sayuran menggunakan air di dalam tangki.


        Aktiviti ketiga : Proses Penimbangan

                                
        Aktiviti 3 : Para pelajar sedang menimbang sayur mengikut berat yang telah ditetapkan iaitu 300g untuk sayur bayam dan 400g untuk kangkung.

        Aktiviti keempat: Pembungkusan

                                                                
                              Aktiviti 4A : Para pelajar memasukkan sayur ke dalam plastik yang disediakan.


                                                            
                                      Aktiviti 4B : Para pelajar sedang melakukan aktiviti penstrilan.

        Aktiviti kelima : Penyimpanan

        Sayur-sayur yang telah siap dibungkus akan disimpan/diletakkan di dalam bilik simpanan seperti stok. Bilik simpanan hendaklah mempunyai suhu yang sesuai untuk penyimpanan sayuran supaya kesegaran sayur dapat bertahan selama beberapa hari. 


                                                   
                            Aktiviti 5 : Sayu-sayur yang siap dibungkus diletakkan di dalam bilik simpanan.



        12)
         Tarikh : 23 November 2018
         Aktiviti : Padi(Penyediaan tanah sawah)
         Tempat : Ladang 10B



        Pengenalan

        Padi merupakan tanaman yang paling penting di negara kita. Beras adalah bijian yang diperoleh daripada tanaman padi yang telah dikupas kulitnya. Terdapat dua jenis beras iaitu beras biasa dan beras pulut. Beras biasa menjadi sumber makanan utama, oleh itu beras ini lebih mendapat nilai dagangan sementara itu penggunaan beras pulut adalah terhad untuk membuat kuih muih sahaja.

        Terdapat dua jenis padi di negara kita iaitu :
        1. Padi sawah
        2. Padi huma

        Walau bagaimanapun hanya padi sawah sahaja diusahakan secara meluas dan ianya amat sesuai diusahakan di dataran mendap dan di delta-delta yang subur. Sebagai contoh negeri yang mengeluarkan padi iaitu 
        1. Kedah
        2. Perlis
        3. Kelantan 
        4. Terengganu
        5. Perak
        6. Selangor

        Nama Saintifik: Oryza sativa
        Keluarga: GRAMINAE(POACEAE)

        Penerangan

        En  Kamarul Zaidi Abd Ghani telah menerangkan fungsi dan ciri-ciri tanaman padi.Selain itu beliau juga menerangkan  tatacara penyediaan semaian talam.Biji benih pra-cambah disediakan dengan  merendam biji bernih bernas dalam air bersih selama 25-36 jam.Seterusnya biji benih tersebut  ditabur pada guni basah dan ditutup dengan guni basah dan dibiarkan selama 48jam di mana selepas ini biji benih mula bercambah dengan mengeluarkan akar ulung.


        Cara Penanaman Padi Sawah : 

        1. Jitu 10 gram
        2. Sekam bakar 300 gram
        3. Siram
        4. Biji benih 250 gram
        5. Sekam bakar 50 gram
        6. Siram
        7. Susun tray berperingkat
        8. Siram
        9. Hari ke 3 dan 4 iaitu  hamparkan
        10. Hari 5 mula pindah ke sawah
        11. Proses penjagaan
        12. Hari 17-20 penanaman



        Gambar aktiviti:
          Gambar 1: Bijibenih pra cambah

        Gambar 2: Tray telah disediakan untuk semaian

         Gambar 3:10gm baja organik(JITU)

        AKTIVITI 1:JITU ditabur dalam dulang/talam


         AKTIVITI 2: 300gm sekam padi bakar (arang) diisi ke dalam dulang/talam

        AKTIVITI 3:Siram

        AKTIVITI 4:250gm benih ditabur sekata

        Gambar 4:50gm sekam padi bakar(arang) ditabur menutupi benih padi


        AKTIVITI 6 :Siram

        AKTIVITI 7:Dulang/talam disusun bertingkat.Dibiarkan(peram) selama 48 jam.Disiram dengan air setiap 24 jam.

        AKTIVITI 8:Pada hari ke 3 hampar semaian dengan cahaya 70%

        AKTIVITI 9:Hari ke 5 pindahkan ke sawah.


        Semaian Kawasan Sawah: 

        AKTIVITI 1: Meratakan petak semaian menggunakan cangkul

        AKTIVITI 2:Penaburan biji benih dan baja amonium fosfat telah dilakukan


        13)
        Tarikh : 30 November 2018
        Aktiviti : Menuai Hasil Taman (Jagung)
        Tempat : Ladang Jagung

        Pengenalan :
        Aktiviti menuai hasil tanaman iaitu jagung selepas 70 hari ditanam. Teknik kutipan hasil jagung adalah tongkol jagung dipetik dengan tangan yang dilakukan pada petang. Untuk pengendalian selepas tuai pula, jagung segar boleh disimpan selama 24 - 36 jam. Jika disimpan dalam suhu bilik. Jika disimpan pada suhu 3 - 5°C ia boleh disimpan selama tiga minggu. Ciri jagung yang matang dan boleh dituai dapat dilihat melalui bulu buah jagung. Bulu yang telah kering dan bertukar warna kuning adalah tanda jagung telah matang. Selain itu, kulit jagung juga boleh dikoyakkan sedikit untuk melihat warna jagung yang berwarna kuning.



        Ciri Jagung Matang :

        1) Bulu bunga bewarna kuning kering

        Ciri Jagung Tidak Matang:

        1) Bulu jagung masih bewarna putih



        Aktiviti pertama:

        Para pelajar memungut hasil jagung

        Jagung yang telah matang
        Hasil yang telah ditanam oleh para pelajar
        Aktiviti Kedua :
        Para pelajar diberi pendedahan cara - cara untuk  jagung untuk dipasarkan. Sebanyak enam hingga tujuh tongkol jagung yang boleh diletakkan di dalam satu plastik. Selain itu, pangkal jagung juga harus dipotong supaya kelihatan kemas. Setiap kumpulan ditugaskan untuk mebungkus dua paket jagung.

        Cara "Packaging"
        1. Potong atas dan bawah jagung.
        2. Buang kuit jagung yang melekat semasa pemotongan.
        3. Masukkan ke dalam plastik sebanyak 7 tongkol untuk dibungkus.


        jagung yang telah siap dibungkus
        Memotong pangkal jagung
        Jagung untuk dipasarkan
        Aktiviti ketiga:
        Para pelajar dan staf ladang mengadakan aktiviti barbeku dan menikmati hasil jagung.

        Para pelajar membakar jagung

        para pelajar menikmati hasil jagung mereka



        14)
        Tarikh : 7 Disember 2018
        Aktiviti : Padi ( Membajak Sawah )
        Tempat : Ladang 10B

        Pengenalan :

        Mempelajari kaedah penggunaan jentera penanaman 2 roda


        Jentera Penanaman 2 Roda


                Penggunaan jentera ini  "power tiller" bagi meningkatkan kualiti tanah sawah dan seterusnya dapat menghasilkan tanaman padi yang berkualiti. Power Tiller adalah implemen yang dipasangkan pada jentera dua roda bagi menjalankan kerja putaran dan penyisiran tanah sawah serta digunakan untuk meratakan tanah sawah selepas kerja-kerja putaran dijalankan dengan menggunakan traktor 4 roda.
             Penggunaan "power tiller" ini, saiz kelumatan tanah sawah padi yang dikehendaki dapat dicapai pada saiz kurang daei 2.5 sentimeter selain menyisir segala bendasing yang tertinggal dalam petak sawah selepas kerja pembajakan dan putaran oleh traktor. 

        Antara kelebihan menggunakan power tiller ini adalah :
        1. Masa bekerja dapat dijimatkan.
        2. Pengurusan sawah yang optima.
        3. Kecekapan pembajaan lebih efisyen.
        4. Pengawalan rumpai berkesan.

        Kelebihan  rake poer tiller ini adalah :
        1.Mewujudkan pertapakan pokok padi yang seragam dan sekata.
        2.Dapat mengawal secara menyeluruh terhadap serangan siput gondang emas bagi kawasan berlopak serta bebanan tanah akibat penggunaan jentera dapat dikurangkan,

            Secara kesimpulannya, alat ini dapat membantu peladang dalam menangani masalah tanah sawah tidak rata, terutama sekali ketika musim basah selain ringan dan mudah untuk dikendalikan berbanding traktok 4 roda dan ini dapat meminimakan kemasukan jentera barat.




        CARA MENGHIDUPKAN JENTERA
        1. Dengan menggunakan kunci atau pun switch kan
        2. Dengan memutarkan angkol dengan kaki kiri dan tangan kanan
        3.sistem gear mesti free dan baru angkol dalan kedudukan run atau start
        4. Buka cok untuk lepaskan mampatan sambil angkol

        5. Bila jentera terlepas biarkan saja ia bergerak terus dan tidak perlu dikawal

        Gambar 1


        Gambar menunjukkan jentera baja.

        Gambar 2


        Pelajar memberi tumpuan ketika mendengar taklimat.

        Gambar 3


        Keadaan sawah yang belum dibajak.

        Gambar 4


        Taklimat pengendalian jentera.

        Gambar 5


        Aktiviti pembersihan sawah sebelum penanaman padi.

        Gambar 6


        Membersihkan sawah.

        Gambar 7


        Pegawai memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara pengendalian jentera. 

        Gambar 8


        Pembajakan sawah sedang dijalankan dengan menggunakan jentera.


        15)
        Tarikh : 14 Disember 2018
        Aktiviti : Padi (Mengubah dan tanam dengan jentera)
        Tempat : Ladang 10B

        Pengenalan :
        Aktiviti mengubah dan tanam dengan jentera memberi pendedahan kepada para pelajar tentang teknik penanaman padi di sawah. Terdapat tiga cara penanaman padi di sawah iaitu tabur terus, mengubah dan menggunakan jentera. Para pelajar hanya melakukan penanaman padi dengan menggunakan cara penanaman mengubah dan menggunakan jentera. Anak benih yang berumur 21-30 hari atau 5-6 helai daun sesuai diubah ke petak sawah. Anak benih tersebut dicabut dan dibersihkan tanah - tanah pada akarnya kemudian dipotong sedikit hujung daun. Memotong hujung daun dapat mengurangkan kadar transpirasi, nampak seragam dan tidak mudah tumbang.


        3 Cara penanaman padi di sawah:


        • Tabur terus 
          • Terdapat 2 jenis iaitu tabur basah dan tabur kering
          • Faktor yang menentukan kejayaan cara tabur terus ialah tanah yang rata dan sistem pengawalan air yang baik.setelah penyedian sawah dijalankan dengan rapi, biji benih sedia ditabur secara berselerak samada menggunakan tangan ataupun mesin.
        • Mengubah 
          • cara mengubah dengan dua cara iaitu dengan mencedung dan juga guna jenterea penanaman padi (transplanter).
        • Jentera
          • penanaman menggunkan jentera, semaian tikar perlu disediakan. 

        Mengubah secara manual
        • anak benih di tapak semaian yang berumur 21-30 hari atau 5-6 helai daun sesuai untuk diubah ke sawah. 
        • Anak benih dibersihkan terlebih dahulu akarnya yang penuh dengan tanah sebelum dipindah ke sawah. 
        •  Kemudian dipotong sedikit hujung daunnya untuk tujuan:
          • supaya tidak mudah tumbang
          • megurangkan kadar tranpirasi
          • supaya nampak seragam
          • mudah untuk dibawa
        Jarak tanam
        • Bergantung pada jenis padi yang ingin ditanam .
        Tanah
        • Tanah subur, jarak tanaman lebih jauh
        • Tanah kurang subur jarak tanaman dekat
        cara - cara untuk mencabut anak benih

        memotong hujung daun
        penerangan menggunakan jentera penanaman padi 4 roda


        semaian tikar yang telah siap disusun
        Aktiviti pertama:
        Para pelajar mencabut anak benih untuk ditanam ke petak sawah yang telah ditanam tempoh hari. Anak benih yang telah dicabut dibawa ke petak sawah untuk ditanam.

        para pelajar mencabut anak benih


        para pelajar menanam padi
        padi yang telah ditanam oleh para pelajar

        Aktiviti Kedua:
        Para pelajar diberi puluang untuk menanam padi menggunakan jentera penanaman padi 4 roda dengan bantuan penunjuk ajar.

        penanam padi menggunakan jentera

        No comments:

        Post a Comment