Thursday, 13 December 2018

PENGENALAN SUBJEK


BACELOR SAINS PERNIAGAANTANI
FAKULTI PERTANIAN





SUBJEK           : AMALAN LADANG

KOD                 :  3001

KREDIT           : 1 JAM KREDIT

PENSYARAH  : DR. MARTINI MOHAMMAD YUSOF

BIL
NAMA PELAJAR
NO. MATRIK
1.
ABDUL HAKIM BIN ABDUL AZIZ (KETUA KUMPULAN)
198260
2.
AINIE MASHITAH BINTI MOHD FADIL (PENOLONG KETUA)
197148
3.
MUHAMMAD ARFHA BIN MOHD ALI
197607
4.
MUHAMMAD FAKRUL NAIM BIN AZNAN
196252
5.
KUNASHALV A/P V RAMALINGAM
196917
6.
NURUL AZWAH BINTI SALLEH (Berhenti)
197123
7.
NUR SYAHIRAH BINTI MOHD AMIN
197193
8.
TUAN NUR ‘AMIRAH BINTI TUAN FAAEH 
196168
9.
GOO CHIA WEI
197695
10.
AZHAR BIN BADARUDDIN
196139


















CATATAN HARIAN PROJEK JAGUNG

PENGENALAN

                                                         

Nama Saintifik : Zea mays

Keluarga : Gramineae

Tanaman jagung merupakan salah satu jenis tanaman biji-bijian dari keluarga rumput-rumputan. Berasal dari Amerika yang tersebar ke Asia dan Afrika melalui kegiatan orang-orang Eropa ke Amerika. Sekitar abad ke-16 orang Portugal menyebarluaskannya ke Asia. Orang Belanda menamakannya mais dan orang Inggris menaamakannya "corn".

Morfologi pokok jagung :-
1. Ia adalah tanaman semusim yang mengambil masa lebih kurang 3 bulan untuk matang.
2. Akar berabut. Akar sokong pada pangkal batang menolong menyokong pokok.
3. Batang runggal, berbentuk silinder, panjang dan ditutupi dengan upih daun dan mempunyai buku yang lebih rapat dekat pada pangkal.
4. Daun tirus dan panjang dengan urat yang selari.
5. Rambut jagung (jambak bunga jantan) yang terdapat di hujung batang pokok menghasilkan biji-biji debunga sebelum bunga betina matang.
6. Tongkol yang terdapat di ketiak daun pokok matang mengandungi biji benih jagung.
7. Jambak bunga betina (stil) yang panjang dan berupa sutera terdapat di tongkol muda dan menerima cepu debunga jantan.
8. Pendebungaan adalah dibantu oleh angin.
9. Biji atau kernal mengandungi tiga bahagian iaitu perikarpa, endosperma dan embrio.

Kriteria-kriteria tanaman jagung mengikut sistem klasifikasi International Maize and Wheat Improvement Center (CIMWIC) iaitu :
1. Kesesuaian Iklim : Tropika, Sub Tropika, Ilkim Sederhana, Tanah Tinggi
2. Tempoh Matang  : awal/lewat
3. Warna kernal (biji) : putih kuning dan lain-lain.
4. Ciri kernal           : Flint Corn, Dent Corn, Sweet Corn, Popcorn, Waxy Corn, Floury Corn.




Aktiviti :

1 ) 14 September 2018

  • Penerangan tentang projek penanaman pokok jagung oleh Pensyarah ( Dr. Martini ) dan Pihak Taman Pertanian Universiti.


2) 21 September 2018 ( Bermulanya Penanaman)

JADUAL GERAK KERJA JAGUNG MANIS " THAI SUPERSWEET'


Lukisan Ilutrasi Pokok Jagung



  • Pengagihan batas projek penanaman jagung kepada setiap kumpulan : 
  Pengagihan Batas 


  • Pemberian benih jagung kepada setiap ahli kumpulan untuk ditanam pada setiap batas.
  • Setiap batas mempunyai seorang ahli kumpulan dan perlu menanam biji benih jagung dengan jumlah 2 biji. 
Biji Benih Jagung


Jarak Penanaman :
  • Jarak antara batas adalah 75 cm manakala jarak penanaman antara biji benih adalah 30 cm : 





Peralatan Penanaman : 
  • Peralatan yang digunakan dalam penanaman benih jagung :
        a)  Cangkul
        b)  Batang PVC Paip yang telah dipotong
        c)  Batang Kayu

                               
a) Cangkul


b) Batang Paip PVC yang telah dipotong digunakan untuk jarak anak benih


c) Batang kayu untuk membuat lubang anak benih jagung dan tidak perlu membuat lubang yang dalam


Cara Penanaman : 
  • Cara penanaman biji benih jagung : 
  1.  Membuat lubang pada setiap batas dengan menggunakan kayu yang disediakan. 
Membuat lubang dengan menggunakan kayu


    2.  Meletakkan biji benih jagung kedalam lubang yang dibuat.

Meletakkan biji benih jagung kedalam lubang 


   3. Mengukur jarak untuk biji benih jagung dengan jumlah 30 cm.

Mengukur jarak dengan menggunakan batang paip PVC yang disediakan


25 September 2018

3) Biji Benih mula bercambah


Selepas 4 hari, kelihatan biji benih yang ditanam pada 21 September mula bercambah. 

28 September 2018

4) Ketinggian Bermula


Ketinggian pokok jagung bermula daripada 4sm.

Lukisan Ilustrasi

1) Jarak kedalaman biji jagung

Jarak kedalam biji benih jagung iaitu 1/2 sm

Jarak diantara biji benih jagung iaitu 30sm


2) Jarak Batas

Jarak antara batas iaitu 75sm


3) Jarak antara biji jagung


Jarak antara biji jagung dalam satu batas 30sm


1 Oktober 2018

5) Permasalahan Sistem Pengairan



Membuat aliran air keluar dari batas supaya tidak bertakung


5 Oktober 2018

6) Penjarangan, Mounting, Merumpai dan Pembajaan NPK Hijau yang pertama

1. Penjarangan : Penjarangan dilakukan apabila terdapat dua pokok pada tempat penanaman. Ia dilakukan kerana untuk mengelak persaingan nutrien sesama pokok dan boleh membantutkan ketinggian serta pertumbuhan pokok. 

Cara Penjarangan : 1) Menggunakan sepit dengan mengorek hingga kedalam akar.
                                   2) Memotong terus batang pokok

Pokok Jagung yang perlu penjarangan


2) Mounting : Mounting dilakukan apabila ketinggian pokok bertambah. Ia untuk menghalang daripada pokok tumbang atau jatuh. Mounting juga boleh dilakukan setiap hari untuk kesuburan tanah. 

Membuat mounting untuk kesuburan tanah


3) Merumpai : Merumpai boleh dilakukan pada bila-bila masa. Disebabkan kekangan waktu serta jarak dari kolej, para pelajar merumpai apabila mounting dan baja dilakukan. 

Mencabut rumput yang telah panjang

4) Pembajaan NPK Hijau: Pembajaan NPK hijau pertama dilakukan. Pembajaan juga dengan berjumlah 30 gram. Nisbah pembajaan adalah 15:15:15. Semasa pembajaan, dilarang sama sekali meletakkan pada pokok kerana ia akan menyebabkan kematian. 

Cara Pembajaan : 1) Meletakkan di antara pokok dan kambus semula dengan tanah. 

Baja antara pokok



Perletakan baja dekat dengan pokok akan menyebabkan kematian


18 Oktober 2018

7) Mounting dan Pembajaan NPK Hijau yang kedua

Penerangan : Sebelum pembajaan dilakukan , para pelajar mestilah membuang rumpai yang berada di sekeliling. Pembajaan kedua iaitu NPK Hijau dengan berjumlah 40-50gram.

1) Merumpai : Aktviti merumpai mestilah dilakukan dengan kerap kerana ia akan menyebabkan persaingan udara atau nutrien .

Mecabut rumput yang telah panjang

2) Pembajaan NPK Hijau : Pembajaan NPK Hijau kali kedua dilakukan dengan 40-50 gram. Ia untuk membantu kehidupan tanaman.

Membuat pembajaan 



8 November 2018

8) Aktiviti Merumpai, Mounting, Pembuangan Batang Pokok Jagung dan Meracun

1) Merumpai : Aktiviti merumpai dilakukan kerana rumput telah tumbuh dengan tinggi sekali. Ia kerana musim hujan pada setiap petang. Aktiviti merumpai perlu dilakukan saat pokok telah tumubuh dengan tinggi. Ia untuk menghalang daripada perebutan nutrien


Batas yang dipenuhi rumput

Mencabut rumput yang tumbuh pada batas

2) Mounting : Selepas merumpai aktviti mounting juga dilaksana kerana untuk mengelak pokok daripada tumbang apabila ditolak angin yang kuat.

Mounting supaya tahan daripada jatuh

3) Pembuangan Batang Jagung(diserang penyakit): Apabila ketinggian pokok jagung meningkat maka, terdapat beberapa serangan bakteria iaitu batang pokok jagung menjadi kuning. Ia kerana disebabkan hujan yang lebat dan menjadi lembap. Batang pokok jagung yang menguning ini perlu dibuang dan tidak boleh lagi dirawat semula.


Pokok Jagung yang diserang penyakit


4 ) Perletakkan racun tikus : Apabila pokok sudah tumbuh dengan besar, berkemungkinan akan berbuah. Haiwan yang bernama tikus amat meminati pokok jagung ataupun tebu. Langkah awal yang diambil dengan meletakkan racun tikus di sekeliling batas dan juga antara batas supaya dapat menghalang daripada tikus.

Perletakkan racun tikus di kawasan longkang sekeliling batas


Lukisan Ilutrasi

1) Perletakkan racun tikus

Perletakkan racun tikus antara batas


12 November 2018

9) Pokok Jagung Berbunga
  • Pada peninjauan harini, kami dapati setiap pokok jagung ahli kumpulan sudah mula mengeluarkan bunga jagung. Encik Edi selaku penyelaras untuk projek penanaman ini tidak membenarkan untuk membuat bajaan kali ketiga kerana khautir akan menggangu pokok jagung tersebut. Kebanyakkan dengan anggaran jumlah 80 peratus, pokok jagung pada setiap ahli kumpulan mengeluarkan bunga. Pengeluaran bunga ini menandakan bahawa pokok jagung ini akan berbuah. 



Pokok Jagung Berbunga



13 November 2018

10) Pokok Jagung Mula Berbuah

  • Pada hari ini, kami dapati bahawa pokok jagung pada setiap ahli kumplan sudah mula berbuah kecil.
Pokok Jagung Kumpulan 5 berbuah



Buah Pokok Jagung

Buah Pokok Jagung



18 November 2018

11) Sesi Penilaian
  •  Sesi penilaian oleh Encik Eddy: 
Kriteria yang diambil kira:

1. Mounting
2. Kerjasama
3. Penjarangan
4.Pembajaan
5.Kebersihan


31 November 2018

12) Penuaian 

A) Penuaian :

Setelah hampir 2 bulan, kini tiba masanya untuk menuai jagung yang telah ditanam pada 21 September 2018. Kebanyakkan pokok jagung kumpulan 5 boleh dituai tetapi ada juga masih muda. Kriteria yang diambil kira semasa untuk menuai pokok jagung melalui bulunya. Jika bulunya masih putih ia menandakan buah jagung tidak dimasak lagi. Selain itu, kita juga boleh mengoyakkan sedikit kulit luaran buah jagung untuk melihat isi sama ada kuning atau putih. 

1) Tidak Boleh Dituai

Bulu pokok jagung yang putih dan tidak boleh dituai

Isi didalam masih putih dan buah masih kecik walaupun bulu bertukar kuning

2) Boleh Dituai

Bulu pokok jagung yang sudah menguning dan kering



Semasa aktiviti penuaian dijalankan, kami juga dapat menjumpai beberapa pokok yang diserang penyakit dan haiwan. Pokok jagung yang diserang penyakit akan menunjukkan pokok tersebut tumbang dan menguning. Pokok jagung yang diserang haiwan akan menunjukkan buah jagung itu sudak rosak seperti dimakan.


1) Diserang Haiwan
Buah jagung yang dimakan oleh haiwan

2) Diserang Penyakit

Pokok jagung yang tumbang (batas kumpulan 5) 


  • Ahli kumpulan 5 begitu seronok dan gembira menuai hasil jagung mereka. Encik Eddy akan menilai setiap kumpulan dengan bilangan jagung yang dituai. Bilangan jagung yang dinilai adalah berjumlah 30 buah jagung. 

Jumlah Jagung yang masak dan dituai oleh setiap ahli :-

1. Abdul Hakim        = 25 buah
2. Azhar                    = 20 buah
3. Ainie Mashitah     = 20 buah
4. Amirah                  = 20 buah
5. Syahirah                = 23 buah
6. Goo                       = 23 buah
7. Fakrhul Naim       = 32 buah 
8. Kunashaly            = 5 buah
9. Arfha                    = 5 buah


Buah Jagung ahli kumpulan 5

 Buah jagung yang dikumpul

Ahli kumpulan 5 yang mempunyai batas di bahagian belakang


  • Selepas itu, Encik Eddy membenarkan memilih 5 terbaik untuk dibawa pulang. Selebihnya akan dimasukkan dalam lori untuk dibawa ke bawah. 


Buah jagung yang terbaik untuk dibawa pulang


Buah jagung yang diletak dalam lori untuk dibawa ke bawah




  • Setibanya di bawah, pihak Taman Pertanian Universiti memberi taklimat cara untuk "packaging" buah jagung di dalam plastik.

Pelajar sedang mendengar taklimat

Cara "Packaging" : 

1) Potong buah jagung di kedua-dua bahagian iaitu atas dan bawah.
2) Buang kulit jagung yang melekat semasa pemotongan.
3) "Packaging" hanya berjumlah 7 buah jagung di dalam satu plastik.


Potong bahagian atas dan bawah pokok jagung

Buang kulit jagung yang melekat semasa pemotongan


Meletakkan buah jagung kedalam plastik

Ikat plastik yang berisi jagung 

Jagung yang siap "packaging"



  • Kemudian, Encik Eddy mengarahkan setiap kumpulan untuk "packaging" buah jagung berjumlah 14 buah bersamaan dua plastik.


Ahli kumpulan memilih buah jagung yang untuk "packaging"

Ahli kumpulan sedang melakukan pemotongan

Buah jagung yang siap "packaging"